Apps! : Online Quiz Game - Kahoot!

Kahooooooot!

Pernah dengar nama Kahoot! sebelum ni tak? And, tahu tak apa sebenarnya Kahoot! ni?

Okay. Confirm tak tahu kann?

Let's dive into the wonderful world of Kahoot!


Kahoot! ni ialah satu aplikasi online yang memang memerlukan rangkaian Internet untuk mengaksesnya (for sure) dan ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagaimana?

Oleh sebab ianya berbentuk kuiz online yang disediakan oleh seseorang or sesebuah pihak, dan dengan menggunakan satu nombor pin di mana pemainnya perlu menaip nombor pin tersebut supaya pemain tersebut dapat join game quiz tu secara online - so, to make it simple, a lecturer or even a teacher boleh gunakannya untuk pop kuiz bagi sesuatu subjek yang diajar kepada students.

Suasana pembelajaran yang fun dapat dihasilkan, and trust me, students tak akan rasa bosan atau mengantuk pun. (Based on my own experience here ^^)

So, macam mana cara penilaian Kahoot! ni?

Well, Kahoot! ni akan kira point berdasarkan kepantasan dan ketepatan seseorang itu menekan jawapan yang betul. So in this case, walaupun student A dan  student B mendapat jawapan yang betul, wujudnya kemungkinan di mana markah si A akan lebih tinggi berbanding si B - semuanya berdasarkan kepantasan mereka menekan jawapan tersebut.

Setiap saat dikira. Dan untuk jadi yang terbaik, anda perlu fokus, pantas, tepat dan tuntas~ Zass!

Anda perlu fokus sangat-sangat sebab pilihan jawapannya adalah berdasarkan bentuk-bentuk/imej/gambar, bukannya A, B, C, D yang kita biasa didedahkan dalam kuiz-kuiz mahupun exam~  Dan setiap soalan mempunyai had masa yang sangat laaa terhad~~

And to insert a spoiler here, akan wujudnya muzik dan bunyi-bunyian yang confirm akan mengganggu konsentrasi anda :P

Amacam? Sounds fun, right?

Kahoot! ni sangat best kalau main secara beramai-ramai (especially dalam kelas) dan bunyi frustrated terlebih selepas terpilih jawapan yang salah tu.....it's normal, I must say~~ xD

Untuk tahu lebih lanjut macam mana nak setup Kahoot! dan juga untuk lihat perjalanan kuiz yang dihasilkan menggunakan Kahoot! ni, jom lihat video di bawah :D






Share:

1 comments