Blog Talk! : New Templates~
Rasanya tak pernah saya ceritakan bagaimana saya mengedit blog ni dari first time tulis entri sehinggalah sekarang, betul tak?
Well, pada pendapat saya sendiri...ianya bukanlah sesuatu cerita yang agak menarik pun~ Apatah lagi rasanya semua orang turut mengalami peristiwa yang agak sama dengan saya~ xD
Tapi, disebabkan saya ada terjumpa satu site yang agak menarik untuk disharekan, lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan cara untuk mencantikkan dan memperkemaskan lagi blog dengan hanya menggunakan satu template yang lain daripada yang lain :)
Selain daripada template yang kita semua telahpun didedahkan oleh Blogger seperti Simple, Ethereal, Watermark, Awesome Inc., Picture Window, Travel dan Dynamic Views; sebenarnya terdapat banyak lagi template untuk Blogger yang kita boleh dapatkan di online secara percuma!
Antara website yang menyediakan templates yang menarik untuk blog anda ialah :
- Gooyaabi Templates
- TechClient
Hanya perlu berbekalkan sedikit pengetahuan basic mengenai HTML - dan anda telahpun boleh mengedit your favourite template~ :)
Untuk belajar mengenai HTML, anda boleh lawati laman web ini : http://www.w3schools.com/
Jadi bagaimana cara untuk mengubah template di Blogger?
Pergi kepada Blogger Dashboard anda > Template > Backup/Restore (butang ni berada di atas, sebelah kanan skrin komputer anda) > Choose File (pilih template yang telahpun didownload dalam komputer) > Upload
Mudah bukan? ^_^
Bagi kes sekiranya anda ingin menyimpan template semasa yang anda telahpun susah payah mengedit siang malam, tekan butang yang sama seperti di atas iaitu Backup/Restore > Download Full Template sebelum anda menukar template anda dengan template yang baru :)
Sekian sahaja Blog Talk saya yang pertama~ Good luck in editing your blog, Bloggers :)

0 comments